Ini apa yang saya jumpa di twitter - ZodiacFact.
Saya seorang virgo dan saya rasa kenyataan diatas agak betul. Humm who likes to be in uncertain situations anyway? Bukan saja virgo-ians tapi orang2 lain juga. Kadang-kadang kita rasa macam nak sangat tahu tentang sesuatu. Make things clear. Nak tanya. Nak sangat tahu.Tapi disebabkan kita tak sanggup nak tengok seseorang itu sedih stress takda mood dan sebagainya disebabkan pertanyaan kita tu,maka kita pun simpan sahaja dalam hati.Tanya pada diri sendiri sahaja. Cari jawapan sendiri, dengan masa yang kata orang menentukan segalanya. Doa dan minta petunjuk dari Yang Maha Esa.
Mungkin bagi sesetengah orang, berdiam diri, tanggung sendiri kesedihan kesusahan kebingungan hidup seorang diri adalah lebih baik. Taknak susahkan orang lain katanya. Tapi bukan kah Allah ciptakan manusia di dunia ini, berkeluarga berkawan berpasangan? Tiada manusia didunia ini yang boleh hidup sendiri seorang diri. Sebab tu Allah bagi kita ibu bapa.adik beradik.kawan kawan.kawan kawan baik.kawan istimewa atau apa jua panggilan.
Kadang-kadang, dengan mak abah sendiri pun, terasa macam sangat banyak benda nak tanya. Bukan tak puas hati cuma nak tanya.Nak dapatkan kepastian.Nak dapatkan jawapan kepada soalan2 'kenapa' yang sangat banyak bermain dalam kepala. Contoh paling senang. Anak sulung dengan anak bongsu. Banyak sangat beza cara layanan yang kadang kala membuatkan anak sulung rasa macam, adil kah begitu? atau pun 'mmg anak sulung perlu sentiasa beralah? Tetapi sekali lagi, disebabkan tak mahu melukakan hati mana-mana pihak, maka kita pilih untuk berdiam diri. Bersabar, berkongsi masalah dengan kawan rapat dan mungkin membuatkan kita cuba untuk menjadi yang lebih baik dan lebih baik lagi di masa akan datang.
Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran, yang memerlukan kita untuk tempuhi dengan penuh kesabaran. Semuanya sudah ditentukan oleh Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan sesuatu musibah,masalah,dugaan kepada seseorang kecuali dengan mengetahui bahawa seseorang itu dapat menghadapinya dengan baik. Dia Maha Mengetahui.
apa-apa pun virgo babies are cool kan:D
ReplyDeleteand i totally agree with that statement above :)
ReplyDeletethank you aness ;) and yupppp virgo babies are coolllll. yeahhhh! :D
ReplyDelete